Ewon Cadang ‘Momogun’ Diguna Ganti ‘Lain-Lain’ Dalam Borang Kerajaan

Philix Laimon
1 0
Read Time:1 Minute, 1 Second

22 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Ewon Benedick mencadangkan agar “Momogun” digunakan bagi menggantikan “Lain-Lain” dalam borang rasmi kerajaan.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu turut mencadangkan supaya Kerajaan Sabah menghimpunkan rumpun etnik Orang Asal di Sabah sebagai rumpun Momogun, seterusnya diguna untuk menggantikan ruangan Lain-Lain dalam borang-borang rasmi Kerajaan.

“Dalam beberapa borang rasmi kerajaan yang bertujuan mendapatkan maklumat kaum. Selain Melayu, Cina dan India, maklumat kaum yang selebihnya dinyatakan sebagai Lain-Lain.

“Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Sabah samada bersedia memulakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Persekutuan bagi mencari formula terbaik menggantikan column Lain-Lain tersebut kepada istilah rumpun etnik yang lebih realistik dan progresif,” katanya.

Ewon berkata, Kerajaan Malaysia merupakan antara yang menandatangani United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP).

“Manakala Sabah pula mempunyai demografi Orang Asal yang besar. Pada saya, meletakkan istilah “Lain-Lain” dalam borang-borang rasmi Kerajaan tidak menggambarkan penghormatan kepada rumpun Orang Asal.

“Saya percaya proses ini perlu bermula daripada peringkat Kerajaan Negeri.

“Justeru saya mencadangkan agar perbincangan rasmi dapat dimulakan untuk menimbang syor-syor daripada pelbagai pihak termasuk cadangan saya untuk merumpunkan Orang Asal ini sebagai Momogun,” katanya.

Happy
Happy
100 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PRESS STATEMENT BY TAN SRI WENCES ANGANG, PRESIDENT of MOMOGUN NATIONAL CONGRESS (MNC)

Momogun National Congress (MNC) fully supports the timely call by YB Datuk Ewon Benedick for the ethnic indigenous peoples of Sabah to be classified as “Momogun” instead of “Lain-lain” currently in use in official government documentations and forms. MNC echoes YB’s view that assigning the indigenous communities in Sabah to […]

You May Like

Subscribe US Now